Thursday, January 21, 2010

Berpasir-pasir dahulu...










Tuesday, January 5, 2010

Aku ada cadangan

Apa kata, kalau kita pakat setuju dengan cadangan aku ni. Memang bernas beb. Itu pada pandangan aku je lah.

Citernya bermula macam ni.(kita citer dulu)

Member aku adalah seorang ejen takaful. Dia suka main-main dengan insurans. Cakap je ko nak cover ape, mesti dia dapat bagi harga terbaik dan murah. Yang bestnya, semua klien adalah kawan-kawan. Aku tak meragui niat murninya. Sebab aku pun dapat gak sedikit kelebihan, dengan membuat insurans kereta yang under-insured. Under-insured, maksudnya aku dapat bayar harga bayaran insurans yang lebih rendah daripada biasa. Dan dia tak tipu. Itu kata dialah dan aku percaya. Masih percaya.

Cerita yang kedua pulak, member aku ada cerita kat aku pasal satu insurans. Dia beli insurans medikal, untuk dia, dan juga ibunya yang sangat dikasihi. Lebih kurang dua ratus sebulan. Banyak betul dia sanggup bayar. Tak apalah, orang bujang. Pandai dia berkira-kira untuk masa depan. Dapat simpan seribu sebulan untuk kahwin. " Tu je hok aku mampu", kata dia yang kadang-kadang, percakapannya bercampur loghat Kedah, Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan, tidak lupa juga, Sabah.

Aku hanya mampu meng"mm"kan sahaja, kata-kata dia.

Cerita ketiga pulak berbunyi macam ni. Masa aku audit Syarikat Securiforce, syarikat penghantar wang anda ke bank, yang mana, ini adalah job audit aku yang pertama, terdapat pelbagai insurans yang dia cover. daripada kebakaran, sampailah kepada rompakan. Hendak dijadikan cerita, salah satu van pembawa wang, telah dilanggar-lari(sambil larikan wang RM 2 juta) yang jadi kontroversi gak satu ketika dulu.

Korang ingat lagi ke tak?

Cerita last, anak aku masuk wad kat Hospital Alor Gajah, guna GL MARA. Ok lah tu!(sila jangan baca macam kakak Siti)

Hatiku bergetus, oh insurans..

Berbalik kepada cadangan aku, seperti yang tersebut di atas. Kaitan yang aku nak tunjukkan hasil daripada cerita-cerita di atas ialah, semua orang memerlukan insurans. Ada tak sapa-sapa yang baca entry ni, kerja kat Prundential ke, IMG ker, Takaful mana-mana ke, dan yang seangkatan denganya? Aku bertanya soalan yang tak memerlukan jawapan 'ngkorang'

Aku suka untuk cadangkan, kita pakat buat satu insurans, yang mana kita bayar insurans yang cover semuanya. Daripada medikal, sampailah kepada kebakaran.

Maksud aku, kita claim insurans berdasarkan malang yang menimpa kita. Tapi mengikut portion yang layak kita dapat. Maknanya, semua orang bayar pada harga yang satu. dapat claim untuk semua kes, daripada medikal sampailah ke kebakaran jugak.

Maknanya, tiada lagi insurans mengikut produk tertentu. Tiada lagi insurans untuk medical sahaja. Tiada lagi insurans untuk kebakaran sahaja. Tiada lagi insurans untuk nyawa sahaja.

Satu bayaran untuk semua!

Ada sapa-sapa berani sahut cadangan aku? Sila angkat tangan!

Kalau tak der, tunggu lah 40 tahun lagi aku buat. Tu pun kalau aku dapat buat lah.

Monday, January 4, 2010

Penghospitalan.

"Adam takut ke duduk sini" kata aku.

"Sini?" adam membalas.

"Kat opistal ni lah" kata aku kembali.

"Relex papa. Adam kan, keluar je dari perut ibu, dekat opistal! Adam ok papa, dah biasa. Adam risau ibu tu je" kata Adam dengan selambe.

"Kenapa dengan ibu?" aku bertanya tanda kurang faham.

"Ntah! ibu macam takut jer duduk opistal. Padahal dia temankan Adam je. Takper, papa pg balik, adam jaga ibu" kata Adam penuh yakin.

"ok, adam jaga ibu, doctor tu, jaga Adam" kata ku kembali.




cepat sembuh ye Adam!



mintak doa dari kawan2 biar adam cepat sembuh..

di dahulukan dgn ucapan terima kasih.

tq!

Saturday, January 2, 2010

Tahun baru?

Dah masuk tujuh belas hari, masuk tahun baru..Tak tau a nak ambik port ke tak! Penting ker? Ntah le!


Tapi, pada awal kemasukkan tahun baru itu hari, petang, hujan turun dengan lebat. Sangat lebat. Sangat tidak normal. Kami membelok ke kiri, masuk ke satu premis yang mengajak orang ramai ke arah kejayaan untuk kali yang keempat hari itu.

Jarum pendek,menghala ke nombor tujuh. Jarum panjang, menghala ke nombor dua belas, pada pergelangan tangan kiri aku. Ngam-ngam je nak magrib.

"Er, parking situ", kata rijal.

"Ok ke ni!" aku pulak bertanya pada dia, soalan yang tak memerlukan jawapan sangat.

Dah lame aku tak rase kemasukkan tahun baru yang sebegitu. rasa lain macam..Seram pun ada. Tapi mmg tak patut a aku nak seram ke ape ke! Sbb masa tu, aku kat masjid. Elok je sampai, orang ramai sedang membaca doa akhir tahun (1430). Kami berdoa sekadar di pinggiran sahaja, cukup dari jarak jauh.

Sejurus selepas itu, terus ku tuju tempat wudu' dan berwudu'. Imam macam tunggu-tunggu je aku, bila aku bersedia, baru dia angkat takbir, mengepalai yang lain.

Aku tenang.

Berbeza sekali keadaan di luar. Bumi masih lagi kalut menerima curahan hujan yang tak mungkin akan berhenti. Awan di langit sedang banjir aku agak.

Selesai solat, aku tunggu. Biasanya, lepas salam aku terus pergi ke tempat arah tuju ku. Kali ini berbeza. Mungkin, daripada aku meredah hujan yang membahayakan, lebih baik ku tunggu dahulu. Maka, sempatlah aku temankan imam membaca doa awal tahun.
Kemudian, doa awal tahun (1431) seolah-olah 'kepala paip' air hujan yang ditutup, kerana, hujan bertukar rentak dan berhenti. Kagum! Sudah tentu.

Aku teruskan perjalanan.

Jadi, secara tak sengaja, aku dah sambut maal hijrah, dengan cara yang terpimpin.

Sejak dari tahun 1402, aku lahir, sampailah sekarang, itulah sambutan tahun baru yang aku paling nak ingat. Kenapa? Sbb aku dapat 'feel' pemergian tahun lama dan kedatangan tahun baru.

Umur aku dah nak masuk 29 tahun.(1431-1402)

Monday, December 7, 2009

pergi dan kembali

sabtu,lima haribulan dua belas dua ribu sembilan.

bermula dengan satu panggilan tel yang tak sampai 3 minit, kami pulang ke kampung. niat utama untuk menjemput mok dan cheik, pulang dari tanah haram.. last sekali pergi tgk org balik dari haji, xder perasaan langsung..semangat aku bermula dengan keberangkatan pergi ayahandaku ke tanah suci melalui kelana jaya. sbb aku rasa nak pergi sama..tp aku masih dalam kumpulan yang tak mampu..xper. aku sabar.





tula gambar ayahandaku masa nk pg hj ituhari..jangan ambik port sgt ngan pakcik guard yang marah aku kat belakang tu..aku redah juga tempat yang famili xleh masuk tu..


tp skrg, aku betul2 rindu sama ayahandaku

Monday, November 16, 2009

syok juga ye

sekarang bende yang paling syok aku buat dengan che adam ialah berkejar-kejaran.
nampaknye, dia mmg lagi laju la. dia memang dah hustler bab-bab merangkak dengan pantas. bila dia dah kat depan, mula la dia benti dan toleh belakang, sambil gelak-gelak.

papa tak ekcik ati adam, sebab adam dapat wat papa senyum..

bukan sebab ape aku ayik kalah jer setiap perlumbaan. ini semua kerana tyre-spare aku yang dah makin membesar. macamana lah tyre-spare aku tu asyik terseret je, aku tak tau..hahaha..

tertekannya

baru ni dpt sign in blog aku..